CARA MEMBUAT BAJA KOMPOS
CARA MEMPROSES
- Pelbagai jenis sisa bahan makanan seperti sayur, beras,roti di kumpulkan.
- 1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan sisa bahan makanan apabila digaul.
- Sejemput Kapur – iaitu Kalsium Karbonat dibancuh dengan sedikit air secukupnya .
- Sebotol minuman Yakult
CARA MEMPROSES
- Semua sisa makanan yang dikumpul dicincang dan digaulkan kemudian di masukkan ke dalam satu tong takungan.
- Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul dengan bahan yang dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.
- Gaulkan adunan dengan sedikit (sejemput) kapur – Kalsium Karbonat .
- Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan menjadi rata.
- Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.
- Jika anda inginkan organik anda kering, campurkan ianya dengan tanah biasa sebelum digunakan untuk pembajaan.