Salah satu cara yang selamat untuk menjamin keseragaman dan kualiti media yang digunakan adalah menggunakan baja kompos. Media tanaman kompos bermacam ragam dan nisbah campuran, biasanya mengikut jenis tanaman dan keperluannya. Bahan yang biasa digunakan untuk menghasilkan baja kompos adalah sisa buangan makanan seperti nasi, sayur, roti dan boleh dikatakan setiap sisa bahan makanan kita boleh dikitar semula dan dijadikan baja kompos yang jauh lebih murah, selamat dan meningkatkan fungsi biologi tanah. Ia kelihatan mudah tetapi merupakan aspek yang kita terlepas pandang dalam ketamadunan hari ini.Penggunaan baja kompos dapat menyuburkan tanah dengan meningkatkan kesihatan tanah melalui tindakan mikro organisma atau cacing selain membantu meningkatkan kandungan nutrien dalam tanah kepada bentuk lebih ringkas yang mudah diserap oleh tumbuhan untuk pertumbuhan yang sihat.